Saturday, February 11, 2017

Menjadi aku..

Aku mungkin diiktiraf anak manja..
Aku dimanjakan..
Aku memanjakan diri aku..
Tapi aku bukan manja biasa..
Menjadi seorang anak sulung lelaki walaupun adik beradik hanya dua orang membuat aku rasa sesuatu nilai tanggungjawab.. aku bertuah kerana segala apa yang aku perlukan dalam perjuanganku sentiasa dipenuhi.. dari tingkatan 1 aku selalu ingin keluar dari zon selesa.. aku masuk asrama walaupun asrama jaraknya hanya 2 km dari rumah.. disana aku masih anak manja.. setiap minggu ibu bapaku datang menjenguk.. walaupun begitu asrama banyak mengajar aku erti tangungjawab.. erti kepimpinan.. erti kehidupan.. ialah tempat membentuk aku menjadi aku sekarang.. walaupun kecil tetapi bermakna.. Perjuangan dan sikap ini terbentuk mula dari situ.. aku berjuang untuk mengetahui sesuatu.. berjuang untuk ilmu.. berjuang untuk apa yang aku mahu.. mengalah hanya bila perlu.. apabila rasa disakiti selalu.. habis belajar aku melompat.. dari 2 sekolah form 6 ke diploma arau.. ke diploma lendu.. lambat tapi bermakna.. aku belajar sesuatu dalam setiap perjalananku.. mengenal orang.. mengenal langkah.. mengenal cara.. bersambung