Saturday, May 28, 2016

Seni kuasa

Banyak yang diperkatakan tentang kuasa..
Ilmu tentang cara mendapatkan kuasa merupakan cabang ilmu yang tertinggi dunia..
Kadang orang kata its a gifted knowledge..
Orang kata dia bukan ilmu tapi bakat..
Ramai yang bergelut mahu menguasainya tetapi setelah berjuta tahun tamadun dunia kewujudan manusia ia masih menjadi misteri.. silibus masih tidak ada dan hanya bergantung pada teori2 picisan yang tiada asas..

Kuasa ini mampu memanipulasi ilmu..
Memanipulasi orang..
Dan memanipulasi harta..

Kasta ilmu ini tinggi..
Ilmu ini mampu memulakan perang dunia ketiga.. juga mampu mempersembahkan keamanan dunia..
Oleh itu wajarlah kepada siapa yang mampu menguasainya nanti untuk berada dipihak baik..

Manakan tahu..
Ini ilmu atau bakat..
Jadi bertawakallah

Friday, May 27, 2016

Kawalan yang tidak terkawal..

Internet urm politik, lucah dan penipuan..
Semua perkara diatas cuba dikawal oleh yang berkuasa..

Demi mendapat the power sustainability segala perkara ini cuba dikawal dan setakat nie tiada siapa yang mampu mengawalnya.. melainkan mungkin organisasi rahsia yang wujud di dunia nie maybe just maybe...

Dengan apa yang diperhatikan maklumat ini lebih berharga daripada emas kerana ia punca kita mempunyai emas.. kita boleh katakan bahawa penipuanla yang mewujudkan duit kertas dan penipuan la yang menimbulkan riba..

Politik pown sesuatu yang dikawal dan mengawal..mengawal masyarakat dengan ideologi... membenci yang lagi satu dan mengangkat yang lain.. terkadang terlihat bodoh pada mereka2 yang bergaduh kerana benda nie kerana ibarat mempertahan kan diri daripada dimakan buaya supaya dengan sukarela masuk ke mulut harimau...

Kawal lah cubalah kawal kalau berjaya kita bagi bintang kawalan yang tak terkawal

Sunday, May 22, 2016

Reaksi kebencian

Kebencian itu kalau didasarinya ada dasar tindakkannya..

Jika membenci ia berkuasa maka ditangankan..

Jika membenci ia berani maka di tegurkan..

Jika membenci ia segan maka simpan dalam hati...

Yang ditakuti kini adalah kebencian hipokrit.. seperti yang kita lihat bakal menimbulkan bibit2 dosa yang lain. Mereka akan mula mengumpat berlakon sukakan perkara yang dibenci tersebut.. mungkin juga kebencian itu disusuli rasa dengki dan iri hati bukan benci pada kesalahan atau kemungkaran..

Maka membenci itu perlu pada niat dan perlu pada kapasiti siapa kita..
Manusia berubah..

Ada segolongan manusia

Adakiranya sepanjang penghidupan ini aku jumpa segolongan manusia..

Sekumpulan manusia yang pelik lagi ajaib..

Yang serasi dengan gaya hidupnya yang statik hingga kini..

Bila tak tahu tak mahu belajar malah disuruhnya orang buatkan tanpa mahu ambil tahu..

Bila diberi peluang pekerjaan dikata sibuk dan penat bila sudah habis duit baru sibuk menadah tangan..

Bila tengok orang berjaya mula membenci, meluat, mendengki dan iri hati sedang diri hanya bermimpi tanpa mahu mempelajari ...

Bila ditegur dipekakannya telinga lalu dilantun kembali katanya siapa aku untuk berkata...

Namun bila mengata orang bab dia yang sempurna tiada cela nombor 1...

Waktu berbincang membatu tak mahu menyumbang namun bila keputusan telah dimuktamadkan maka dialah paling bising mengkritik dan memboikot hasilnya..

Masa orang dipuji bos dia mencebik kata kaki bodek walhal memang orang itu layak dipuji atas usahnya.. namun dibelakang kawan dia kaki kipas jilat semua...

Orang begini layaknya pupus..

Wednesday, May 18, 2016

Rasionalisasi fakta dan pendapat

Rasionalisasi terhadap fakta dan pendapat.. apakah ia fakta apabila ia hanya sebuah teori.. apakah ia fakta apabila ia hanya kepercayaaan seseorang terhadap sesuatu.. dahulu mereka percaya faktanya bumi itu rata dan kini entah benarkah dan sampai bila kita percaya yang bumi itu berbentuk sfera..

Untuk mengetahui mana pendapat dan mana fakta makanya kita berbalik pada medan ilmu.. ilmu itu sifatnya berkembang makanya fakta itu mungkin sesuai pada jela masanya.. biarkan mereka mempercayainya dan jangan halang mereka untuk mengkajinya.. ini
Bakal menyuburkan medan ilmu itu sendiri..

Dunia sendiri masih terpalit antara ideologi fasis, komunis dan kapitalis manakan yang faktanya maka mereka hanya berharap kepada sebuah kepercayaan.. makanya seperti tadi biarkanlah medan ilmu itu berlembang dan biar fakta itu beradaptasi kepada perkembangan budaya setempat itu sendiri sambil di pengaruhi persekitaran yang tersendiri..

Sesuatu akan runtuh, hilang dan pudar sekiranya evolusi fakta pendapat yang bakal berlaku melalui masa.. lihatlah masyarakat melayu itu sendiri.. bagaimana ia berevolusi dan beradaptasi dengan persekitarannya.. lidah melayu dilihat paling fleksibel dan mampu mengucapkan pelbagai bahasa dengan loghat yang betul.. mungkin ini adalah suatu rahmat dari kepulauan melayu yang dahulunya senang berinteraksi dengan masyarakat lain.. dan kini juga dilihat juga bagaimana masyarakat melayu mula melupakan fakta tentang daulatnya adat kepercayaan yang kini hanya pendapat yang kabur..

Sunday, May 8, 2016

Nilai kebahagiaan

Hari ini manusia sering mengeluh dan mengejar suatu yang tak pasti..
Yang dibawa mereka hanyalah harapan..
Saat sedih mula mencari cahaya..
Mencari apa tempat bergantung..
Saat gembira lupa semua.. Kan

Hahaha.. Tak tahula aku terlalu realist atau hanya pesimis.. Itu yang selalu dipapar dimata.. Manis dimulut tapi hati siapa tahu.. Merapat hanya kerana mahu mengguna.. Dibelakang mengumpat juga.. Nilai budi dah tiada harga yang ada hanya peluang..

Dunia yang tidak menghargai lagi akan nilai itu.. Nilai yang membawa kepada nilai kebahagiaan yang nyata kebahagian yang tidak lagi dihargai..

Haha ape yang direpekkan..
Mungkin kesan terlebih kafein..
Hari ini aku menelaah lagi...