Sunday, May 22, 2016

Ada segolongan manusia

Adakiranya sepanjang penghidupan ini aku jumpa segolongan manusia..

Sekumpulan manusia yang pelik lagi ajaib..

Yang serasi dengan gaya hidupnya yang statik hingga kini..

Bila tak tahu tak mahu belajar malah disuruhnya orang buatkan tanpa mahu ambil tahu..

Bila diberi peluang pekerjaan dikata sibuk dan penat bila sudah habis duit baru sibuk menadah tangan..

Bila tengok orang berjaya mula membenci, meluat, mendengki dan iri hati sedang diri hanya bermimpi tanpa mahu mempelajari ...

Bila ditegur dipekakannya telinga lalu dilantun kembali katanya siapa aku untuk berkata...

Namun bila mengata orang bab dia yang sempurna tiada cela nombor 1...

Waktu berbincang membatu tak mahu menyumbang namun bila keputusan telah dimuktamadkan maka dialah paling bising mengkritik dan memboikot hasilnya..

Masa orang dipuji bos dia mencebik kata kaki bodek walhal memang orang itu layak dipuji atas usahnya.. namun dibelakang kawan dia kaki kipas jilat semua...

Orang begini layaknya pupus..

No comments:

Post a Comment